Labels

Monday, January 31, 2011

MAULIDUL RASUL - MELALUI BIRO AGAMA PKS TURUT BERARAK

Baju AMT yang akan digunakan dalam perarakan sempena maulidurrasul

Persatuan Kedayan Sabah PKS akan turut serta dalam perarakan Maulidurrasul tahun 2011 yang akan sambut pada 16 Februari 2011 di Padang Merdeka Kota Kinabalu. Perarakan akan dimulai dari padang hingga ke Masjid Negeri di Sembulan.

PKS akan menghantar sebuah kontingen yang meliputi lebih 50 orang terdiri daripada ahli AMT dan ahli PKS sendiri khususnya yang menetap di Kota Kinabalu. Kontingen PKS akan diketuai oleh Presiden PKS, Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang sendiri.

Kepada semua ahli PKS di sekitar Kota Kinbalu dijemput beramai-ramai menyertai kontingen perarakan sambil membesarkan nabi besar kita Muhammad s.a.w.

No comments:

Post a Comment