Labels

Monday, June 27, 2011

SUASANA DIJANGKA LEBIH MERIAH PADA GATA 2011

Kedatangan Perdana Menteri Malaysia ke daerah Sipitang bersempena dengan festival belia dan Festival GATA 2011 dijangka akan lebih meriah berbanding festival sebelumnya. Persediaan sedang dilakukan oleh semua pihak dan kelihatan semakin rancak dan meriah meskipun tarikh sebenar hanya akan bermula pada 30 Jun.

Paling sibuk kelihatan adalah para petugas dan ahli-ahli jawatankuasa induk dan pelaksana GATA 2011. Pagi tadi telah dijalankan satu rehersal penuh oleh persembahan etnik dan kebudayaan dari kalangan masyarakat di daerah Sipitang di tapak pesta iaitu Padang Pekan Sipitang dan Esplanade Sipitang.



















Wednesday, June 8, 2011

IRAMA BATINGKOL BAKAL SAMBUT KEDATANGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE SIPITANG

Pertandingan BATINGKOL yang diadakan pada 8 Jun 2011 di Pekan Sipitang telah mencungkil budaya lama yang hampir dilupakan oleh masyarakat. Batingkol merupakan warisan budaya masyarakat Kedayan yang dilakukan semasa acara mengamping padi secara beramai-ramai dalam masyarakat suatu masa dahulu. Oleh kerana aktiviti bertanam padi tidak lagi dilakukan secara tradisi dalam masyarakat, acara mengamping dan bertingkol juga telah dilupakan.

Walau bagaimanapun, Persatuan Kedayan melalui Biro Kebudayaan dan Sukan, PKS telah mengadakan pertandingan Batingkol dalam usaha menghidupkan semula budaya yang telah semakin dilupakan ini. Sebagai permulaan terdapat 7 pasukan dari kampung-kampung sekitar daerah Sipitang telah mula mengorak langkah sebagai pembukaan mencungkil bakat di kalangan masyarakat Kedayan di daerah Sipitang.











Pemenang pertandingan Batingkol ini akan turut menyambut kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia semasa lawatan beliau ke daerah ini pada 30 Jun nanti. 

Tuesday, June 7, 2011

Batingkol Warisan Budaya Kedayan





Mungkin tidak ramai generasi muda masa kini mengetahui atau pernah mendengar 'batingkol'. Batingkol adalah satu acara tradisi yang ada kaitan dengan acara mengamping pada suatu masa dahulu. Mengamping dilakukan setelah selesai menuai padi dan baisanya dilakukan secara bergotong royong di kalangan masyarakat kampung. Semasa mengamping, sebagai hiburan sambilan semasa mengamping, mererka akan memainkan alat iaitu lesung dan alu ditepi lesung dengan pukulan alu dan lesung sehingga emngeluarkan bunyi yang merdu. Biasanya semakin keras kayu yang dijadikan lesung dan alu semakin baik bunyi yang akan dihasilkan. 

Pada 8. Jun 2011, satu pertandingan batingklol telah dianjurkan oleh Biro Kebudayaan Persatuan Kedayan Sabah di tepi gelanggang gasing pekan Sipitang. Percubaan untuk menghidupkan seni warisan ini yan telah semakin dilupakan ini seharusnya  pujian diberi dalam usaha  mengangkat budaya masyarakat Kedayan di daerah Sipitang khasnya dan di negeri Sabah amnya.