Labels

Wednesday, June 8, 2011

IRAMA BATINGKOL BAKAL SAMBUT KEDATANGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE SIPITANG

Pertandingan BATINGKOL yang diadakan pada 8 Jun 2011 di Pekan Sipitang telah mencungkil budaya lama yang hampir dilupakan oleh masyarakat. Batingkol merupakan warisan budaya masyarakat Kedayan yang dilakukan semasa acara mengamping padi secara beramai-ramai dalam masyarakat suatu masa dahulu. Oleh kerana aktiviti bertanam padi tidak lagi dilakukan secara tradisi dalam masyarakat, acara mengamping dan bertingkol juga telah dilupakan.

Walau bagaimanapun, Persatuan Kedayan melalui Biro Kebudayaan dan Sukan, PKS telah mengadakan pertandingan Batingkol dalam usaha menghidupkan semula budaya yang telah semakin dilupakan ini. Sebagai permulaan terdapat 7 pasukan dari kampung-kampung sekitar daerah Sipitang telah mula mengorak langkah sebagai pembukaan mencungkil bakat di kalangan masyarakat Kedayan di daerah Sipitang.











Pemenang pertandingan Batingkol ini akan turut menyambut kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia semasa lawatan beliau ke daerah ini pada 30 Jun nanti. 

No comments:

Post a Comment