Labels

Sunday, September 12, 2010

RUMAH TERBUKA KEDAYAN DAPAT SAMBUTAN DI LUAR JANGKA DAN MERIAH

Rumah terbuka Persatuan Kedayan Sabah KEDAYAN, yang diadakan di Pekan Sindumin pada hari raya ketiga mendapat sambutan di luar jangka. Kehadiran dan sambutan masyarakat amat mengalakkan dan dianggarkan lebih dua ribu orang menghadiri majlis ini yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, dusun, Murut, Lundayeh, Brunei disamping masyarakat para paadian Kedayan dari jauh dan  dekat.


Kaunter pendaftaran tiket bertuah

 

Kelihatan Presiden Kedayan Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang tersenyum puas dengan kejayaan rumah terbuka KEDAYAN

    Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang sedang berucap dengan dibarisi bersama oleh penaung    dan            AMT KEDAYAN

Presiden Kedayan Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang, melihat kepada sambutan yang di luar jangka awal-awal lagi telah memberi komitmen untuk mengadakan majlis yang sama pada hari raya tahun hadapan, justeru beliau semasa berucap pada majlis berkenaan telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AMT dan AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus menjayakan program diatur. Sebelum itu, selaku penaung persatuan, Y.B Datuk Sapawi Hj Ahmad telah menyuntik dana persatuan dengan menderma sebanyak lima ribu ringgit yang telah disampaikan kepada presiden Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang.

Y.B Damong bersama isteri sambil melayan tetamu

 Antara tetamu ketua jabatan yang hadir

 
                                            Tetamu sedang menjamu selera 

Sementara itu dalam majlis ini pihak KEDAYAN turut menyelitkan dengan cabutan pengunjung bertuah sebagai  penambah seri majlis selain persembahan deklamasi sajak dan nyanyian lagu versi Kedaan oleh Edidiih Lamit yang diundang khas dari W.P Labuan yang juga merupakan artis Kedayan selain terlibat aktif dalam para glider dan anggota pengelola Kedayan People (KP) dalam laman sosial face book,  bersama beberapa orang Kedayan dari pelbagai tempat. Edidiih Lamit telah menyumbangkan beberapa buah lagu  dalam versi Kedayan pada majlis berkenaan.


 
MC sedang berceloteh dalam loghat Kedayan dengan Edidiih Lamit selaku artis undangan dalam majlis rumah terbuka PKS

    Artis undangan Edidiih Lamit sedang menghiburkan pada pengunjung dengan lag-lagu versi Kedayan

     
    Presiden bersama penaung sedang menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak

Sebelum pengunjung beredar, Presiden Persatuan Kedayan Sabah Y.BDamong Tuan Hj Ahmad Bin Hj Bujang bersama Penaung Persatuan Kedayan Y.B Datuk Sapawi Hj Ahmad yang juga ahli Parlimen P178 Sipitang turut mengagih-agihkan duit raya kepada kanak-kanak dalam majlis berkenaan.
                                 Para tetamu terhibur dengan persembahan artis  undangan Kedayan

    Sebahagian daripada pengunjung sedang menjamu selera sambil berhibur 

Sekalung tahniah kepada KEDAYAN...jika bukan Kedayan siapa lagi yang akan menjulang bangsa Kedayan...teruskan perjuangan membela bangsa kitani....

Sunday, September 5, 2010

ZIARAH RAMADHAN DI MASJID KG ULU SIPITANG

Ziarah sempena bulan Ramadhan oleh Persatuan Kedayan Sabah dengan kerjasama UMNO Bahagian P178 Sipitang telah diadakan di dua buah masjid dalam kawasan parlimen Sipitang. Pada Sabtu telah diadakan di masjid kg Maraba dalam daerah Beaufort. Dalam ziarah ke masjid kg Maraba ini, PKS telah di ketuai  oleh Presiden Persatuan Kedayan Sabah Y.B Damong Tuan Haji Ahmad Bin Hj Bujang yang juga ketua penerangan UMNO Sipitang dan menerusi ziarah ini, presiden turut diiringi oleh ahli-ahli majlis tertinggi PKS antaranya naib presiden Tuan Hj Ariff  Ismail selaku ketua Biro Agama dan Kebajikan bersama timbalan beliau Encik Zulhaimi Asbi disamping lain-lain AMT PKS.

Manakala pada hari Ahad ziarah juga dilakukan bersama dengan pemimpin UMNO bahagian P178 Sipitang di masjid kg Ulu Sipitang yang diketuai oleh Y.B Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad , ketua UMNO Sipitang dan lain-lain pemimpin UMNO bahagian. Dalam pada itu PKS turut dihadiri oleh Presiden ,Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang, timbalan presiden PKS Encik Sablee Bagol serta lain-lain AMT.

Dalam ziarah ke masjid kg Ulu Sipitang, Y.B Datuk Hj Sapawi turut menyampaikan zakat kepada warga kg Ulu Sipitang khususnya warga tua, balu dan muallaf bagi memeriahkan hari raya eidul fitri yang akan menjelang.

 Kedua-dua pemimpin tertarik dengan juadah buah-buahan tempatan untuk berbuka puasa


Menikmati juadah berbuka dengan buah-buahan tempatan

Presiden PKS yang juga ADUN Sindumin Beramah mesra dengan penduduk kampung

  
Menyampaikan zakat fitrah kepada penerima

Temuramah dengan pihak RTM

Dalam majlis ini, selain majlis berbuka puasa bersama rakyat di kg Ulu Sipitang para pemimpin politik dan pemimpin PKS telah menunaikan sembahyang maghrib, isyak dan tarawikh berjamaah dengan penduduk kampung. Sembahyang tarawih telah diimamkan oleh Saudara Zulhaimi Asbi timbalan pengerusi biro Agama dan Kebajikan PKS merangkap penolong setiausaha  Pemuda UMNO Sipitang.

Sebelum beredar dari majlis Datuk Sapawi sempat ditanya oleh pemberita RTM mengenai kecenderongan pihak-pihak tertentu bagi memecah belah perpaduan  dengan memarakkan api perkauman dan kebencian dikalangan rakyat Malaysia,  oleh kalangan individu yang tidak bertanggungjawab melalui laman-laman sosial. Kata beliau " pihak berwajib harus menyiasat dan mencari dalang dan membawa kalangan ini ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman berat" kerana kata beliau " perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini akan memberi impak kepada perpaduan yang telah sekian lama terjalin jika kalangan ini terus menerus dibiar membuat kacau" Perpaduan adalah asas penting yang telah sekian lama terbena harus dipertahankan" kata beliau.

Saturday, September 4, 2010

RUMAH TERBUKA PERSATUAN KEDAYAN SABAH


Semuha paadian basar damit, tuha muda miskin kaya bahimpun kita di pekan Sindumin ai aaya ketiga mamaiahkan umah tabuka Persatuan Kedayan Sabah yang dibuat paatama kali samanjak bapasatuan..Mai tah jangan lupa baamai-amai kita bapaadian.

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Asalamualaikum w.b.k

Kepada semua rakan dan taulan, jauh dan dekat, saudara dan sahabat handai, paadian dan paanak, sempena Hari Raya aidil Fitri 1431H ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin. Semoga pada hari yang mulia dan hari kemenangan ini pintu-pintu hati kita yang selama ini terkunci rapat kearah titik persaudaraan dan titik persahabatan, dibuka luas seluas-luasnya bagi mengambil berkat dan atas nama perpaduan khususnya sesama islam dan lebih-lebih lagi sesama Kedayan yang sememangnya bersaudara sebangsa dan seagama.

Wednesday, September 1, 2010

SEBAHAGIAN MUKAPENERAJU PERSATUAN KEDAYAN SABAH


Sebahagian AMT yang hadir dalam mesyuarat penuh AMT pertama

Dengan mesyuarat yang diadakan di Pan Pacific Sutera pada 7. Ogos lalu, maka lengkaplah ' tulang dan rangka' dalam Persatuan Kedaan Sabah. Ini bermakna setelah pemilihan dibuat oleh para ahli dalam mesyuarat agung  pada Mei lalu, Ahli Majlis Tertinggi telah melantik seramai lima orang bagi menduduki kerusi AMT melalui kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan. Terdapat lima jawatan yang dilantik bagi mengisi baki 'rangka' dan ini ibarat  melengkapkan sebuah rumah. Selamat berkhidmat kepada bangsa Kedayan.
                                             Setiausaha Agung menerima surat perlantikan
                                             daripada Y.B Presiden Damong Hj Ahmad Hj Bujang 

                                              AMT Hj Safar Untung ibarat sirih kembali ke gagang


 Yusri seorang peguam dan pendatang baru
  kedalam keluarga PKS

 Haidy seorang jurutera awam pendatang baru dalam PKS
                                       dan ingin menabur bakti melalui PKS


Ag Ajab Nayan wakil daerah Menumbok
bersemangat menunaikan tanggungkawab