Labels

Sunday, September 5, 2010

ZIARAH RAMADHAN DI MASJID KG ULU SIPITANG

Ziarah sempena bulan Ramadhan oleh Persatuan Kedayan Sabah dengan kerjasama UMNO Bahagian P178 Sipitang telah diadakan di dua buah masjid dalam kawasan parlimen Sipitang. Pada Sabtu telah diadakan di masjid kg Maraba dalam daerah Beaufort. Dalam ziarah ke masjid kg Maraba ini, PKS telah di ketuai  oleh Presiden Persatuan Kedayan Sabah Y.B Damong Tuan Haji Ahmad Bin Hj Bujang yang juga ketua penerangan UMNO Sipitang dan menerusi ziarah ini, presiden turut diiringi oleh ahli-ahli majlis tertinggi PKS antaranya naib presiden Tuan Hj Ariff  Ismail selaku ketua Biro Agama dan Kebajikan bersama timbalan beliau Encik Zulhaimi Asbi disamping lain-lain AMT PKS.

Manakala pada hari Ahad ziarah juga dilakukan bersama dengan pemimpin UMNO bahagian P178 Sipitang di masjid kg Ulu Sipitang yang diketuai oleh Y.B Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad , ketua UMNO Sipitang dan lain-lain pemimpin UMNO bahagian. Dalam pada itu PKS turut dihadiri oleh Presiden ,Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang, timbalan presiden PKS Encik Sablee Bagol serta lain-lain AMT.

Dalam ziarah ke masjid kg Ulu Sipitang, Y.B Datuk Hj Sapawi turut menyampaikan zakat kepada warga kg Ulu Sipitang khususnya warga tua, balu dan muallaf bagi memeriahkan hari raya eidul fitri yang akan menjelang.

 Kedua-dua pemimpin tertarik dengan juadah buah-buahan tempatan untuk berbuka puasa


Menikmati juadah berbuka dengan buah-buahan tempatan

Presiden PKS yang juga ADUN Sindumin Beramah mesra dengan penduduk kampung

  
Menyampaikan zakat fitrah kepada penerima

Temuramah dengan pihak RTM

Dalam majlis ini, selain majlis berbuka puasa bersama rakyat di kg Ulu Sipitang para pemimpin politik dan pemimpin PKS telah menunaikan sembahyang maghrib, isyak dan tarawikh berjamaah dengan penduduk kampung. Sembahyang tarawih telah diimamkan oleh Saudara Zulhaimi Asbi timbalan pengerusi biro Agama dan Kebajikan PKS merangkap penolong setiausaha  Pemuda UMNO Sipitang.

Sebelum beredar dari majlis Datuk Sapawi sempat ditanya oleh pemberita RTM mengenai kecenderongan pihak-pihak tertentu bagi memecah belah perpaduan  dengan memarakkan api perkauman dan kebencian dikalangan rakyat Malaysia,  oleh kalangan individu yang tidak bertanggungjawab melalui laman-laman sosial. Kata beliau " pihak berwajib harus menyiasat dan mencari dalang dan membawa kalangan ini ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman berat" kerana kata beliau " perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini akan memberi impak kepada perpaduan yang telah sekian lama terjalin jika kalangan ini terus menerus dibiar membuat kacau" Perpaduan adalah asas penting yang telah sekian lama terbena harus dipertahankan" kata beliau.

1 comment:

  1. Seingat saya yg selalu mempermainkan ISU perkauman ni adalah daripada Pemimpin2 UMNO itu sendiri...Dulunya Tun Mahatir dan Ghafar Baba lah yg menjadi Raja kepada permainan ini...Apa lagi semasa PBS menjadi Kerajaan Negeri....Saya raskan MP Sipitang ni pun Cetek ni fikiran nya....Sekalipun beliau Pemimpin yg TERSOHOR dan GAH pada masanya...Ttpi habukpun terak d perolihinya Kemajuan...

    ReplyDelete