Labels

Sunday, September 12, 2010

RUMAH TERBUKA KEDAYAN DAPAT SAMBUTAN DI LUAR JANGKA DAN MERIAH

Rumah terbuka Persatuan Kedayan Sabah KEDAYAN, yang diadakan di Pekan Sindumin pada hari raya ketiga mendapat sambutan di luar jangka. Kehadiran dan sambutan masyarakat amat mengalakkan dan dianggarkan lebih dua ribu orang menghadiri majlis ini yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, dusun, Murut, Lundayeh, Brunei disamping masyarakat para paadian Kedayan dari jauh dan  dekat.


Kaunter pendaftaran tiket bertuah

 

Kelihatan Presiden Kedayan Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang tersenyum puas dengan kejayaan rumah terbuka KEDAYAN

    Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang sedang berucap dengan dibarisi bersama oleh penaung    dan            AMT KEDAYAN

Presiden Kedayan Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang, melihat kepada sambutan yang di luar jangka awal-awal lagi telah memberi komitmen untuk mengadakan majlis yang sama pada hari raya tahun hadapan, justeru beliau semasa berucap pada majlis berkenaan telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AMT dan AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus menjayakan program diatur. Sebelum itu, selaku penaung persatuan, Y.B Datuk Sapawi Hj Ahmad telah menyuntik dana persatuan dengan menderma sebanyak lima ribu ringgit yang telah disampaikan kepada presiden Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang.

Y.B Damong bersama isteri sambil melayan tetamu

 Antara tetamu ketua jabatan yang hadir

 
                                            Tetamu sedang menjamu selera 

Sementara itu dalam majlis ini pihak KEDAYAN turut menyelitkan dengan cabutan pengunjung bertuah sebagai  penambah seri majlis selain persembahan deklamasi sajak dan nyanyian lagu versi Kedaan oleh Edidiih Lamit yang diundang khas dari W.P Labuan yang juga merupakan artis Kedayan selain terlibat aktif dalam para glider dan anggota pengelola Kedayan People (KP) dalam laman sosial face book,  bersama beberapa orang Kedayan dari pelbagai tempat. Edidiih Lamit telah menyumbangkan beberapa buah lagu  dalam versi Kedayan pada majlis berkenaan.


 
MC sedang berceloteh dalam loghat Kedayan dengan Edidiih Lamit selaku artis undangan dalam majlis rumah terbuka PKS

    Artis undangan Edidiih Lamit sedang menghiburkan pada pengunjung dengan lag-lagu versi Kedayan

     
    Presiden bersama penaung sedang menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak

Sebelum pengunjung beredar, Presiden Persatuan Kedayan Sabah Y.BDamong Tuan Hj Ahmad Bin Hj Bujang bersama Penaung Persatuan Kedayan Y.B Datuk Sapawi Hj Ahmad yang juga ahli Parlimen P178 Sipitang turut mengagih-agihkan duit raya kepada kanak-kanak dalam majlis berkenaan.
                                 Para tetamu terhibur dengan persembahan artis  undangan Kedayan

    Sebahagian daripada pengunjung sedang menjamu selera sambil berhibur 

Sekalung tahniah kepada KEDAYAN...jika bukan Kedayan siapa lagi yang akan menjulang bangsa Kedayan...teruskan perjuangan membela bangsa kitani....

3 comments:

  1. Kalau boleh PKS ini janganlah sampai adik beradik menguasai Jawatan Tertinggi dan terpenting.. Kerana ini mencerminkan seolah olah Bangsa Kadayan yg lain sudah tidak ada lg yg boleh d lantik untuk menjawat jawatan terpenting d dalam Persatuan Kadayan Sabah atau ada Agenda tersembunyi yg d rancang untuk masa dapan Presiden.....? Harap maaf dengan teguran ini, Harap2 ia d terima untuk Bangsa Kadayan itu sendiri....

    ReplyDelete
  2. Kita mempunai sifat terbuka dalam hal kepimpinan..namun dalam hal yang berkaitan dengan demokrasi yg menentukn adalah ahli, jika itu hasrat ahli maka ia dijalankan dalam pemilihan g dibuat 3 thn sekali. Walau apapun terima kasih atas komen yang diberikan.

    ReplyDelete
  3. Lamit ucapkan taima kasih banyak sabab mambuka paluang Lamit untuk mbaie dikit sumbangan dalam pasatuan. Sipun inda tasumbang usin tapi sakuang-kuang Lamit dapat manyumbangkan bakat yang di baie tuhan untuk mengangkat dikit maatabat bangsa Kadayan. Mudah-mudahan saja Lamit dapat taus bakaajasama jan pasatuan untuk masa-masa akan datang. Jaan ja'aa-ja'aa malagau Lamit dan muhun ampun kalau ada kakuangan. Taima kasih banyak.

    ReplyDelete