Labels

Saturday, August 28, 2010

PERSATUAN KEDAYAN ADAKAN RUMAH TERBUKA RAYA KETIGA

Persatuan Kedayan Sabah akan mengadakan rumah terbuka sempena hari raya tahun ini, yang dijangka diadakan pada hari raya yang ketiga di perkarangan letak kereta berbumbung di pekan Sindumin.

Presiden Persatuan Kedayan Sabah yang juga ADUN N28 Sindumin, Y.B Damong Tuan Haji Ahmad Hj Bujang tekah mengarahkan satu jawatankuasa dibentuk bagi mengadakan majlis berkenaan. Sementara itu pengerusi pelaksana majlis rumah terbuka PKS Encik Sablee Bagol, yang juga timbalan presiden PKS telah membentuk jawatankuasa pelakasana yang terdiri daripada ahli-ahli majlis tertinggi (AMT) PKS dan penduduk setempat bagi menggalas tanggungjawab merealisasikan program yang dirancang.

Bagi memastikan program mulia ini berjalan lancar, dua mesyuarat ajk pelaksana telah diadakan iaitu pada 23 Ogos dan 27 Ogos lalu

Ini adalah kali pertama majlis rumah terbuka diadakan oleh PKS sejak ditubuhkan lebih 15 tahun lalu. Pelbagai program sampingan diadakan bagi memeriahkan rumah terbuka PKS. Presiden Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang melahirkan besar hati dan perasaan gembira  beliau melihat persediaan para ajk pelaksana yang begitu bersemangat dan komited dalam melaksanakan tugas masing-masing katanya semasa mesyuarat kali kedua kelmarin.

Dibawah kepimpinan Y,B Damong, rata-rata ahli persatuan merasa yakin PKS akan membuat transformasi dan penjenamaan semula selaras dengan kehendak para ahli yang inginkan perubahan dalam persatuan.

Friday, August 20, 2010

BERSEDIA KAH ANDA BERKORBAN DEMI PERSATUAN??

Ibarat benih baru berpuput, ibarat pucuk baru berputik, begitulah keadaan Persatuan Kedayan Sabah yang baru hendak pulih daripada beberapa kecederaan yang dialami. Dalam menuju kearah pulih sepenuhnya bergantung kepada beberapa urat saraf dalam persatuan untuk meneruskan kehidupannya, yakni semua yang duduk dan memegang jawatan dalam persatuan. Ia bukan tanggungjawab presiden, timbalan presiden atau pemegang jawatan yang lain, tetapi tanggungjawab secara kolektif semua pihak dalam persatuan.

Jika kita gagal untuk memahami perjuangan berpersatuan maka kita akan gagal sekali lagi, terutama sekali apabila kita membelakangkan kepentingan persatuan dan mendahulukan agenda diri. Kedua apabila kita tidak mahu berkorban dari segi masa, tenaga dan sedikit wang ringgit (terutama sekali dalam keadaan darurat sekarang)

Ketiga apabila demand daaripada kita terlalu tinggi melebihi demand kita terhadap majikan kita,iaitu mahukan persatuan memberi segala kemudahan seperti elaun, wang kereta, hotel, makan dan minum hanya untuk bermesyuarat dan tempat bermesyuarat pula dikehendaki diadakan ditempat mewah seperti hotel bertaraf bintang. Jika ini semua dituntut, maka lebih baik menilai diri kita sama ada kita layak dalam bersatuan yang masih kurus kering kerana kurang vitamin 'w' ini.

Mungkin persatuan dapat memahami tuntutan sekiranya ada punca pendapatan dan tabungan bernilai jutaan didalam akaun. Buat masa sekarang ia belumdapatdipenuhi dan apa lagi dilaksanakan.Oleh itu marilah kita berjuang semata-mata kerana bangsa, bukan kerana agenda lain. Jika ini dapat direalisasikan ia akan dapat memajukan persatuan, untuk bangsa kita. dan untuk kita!

Monday, August 16, 2010

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA

Ramadhan tiba lagi..menandakan umat islam berpuasa memenuhi salah satu rukun islam yang lima. Sebagai orang islam, mengerjakan ibadah sebanyak-banyaknya di bulan ini adalah dituntut. jadi kepada seluruh  masyarakat Kedayan , Presiden dan semua ahli majlis tertinggi Persatuan Kedayan Sabah mengucapkan selamat berpuasa  dan selamat menjalani ibadah lain yang akan memastikan kualiti keimanan kita bertambah. SELAMAT BERPUASA. Mudah-mudahan keimanan kita bertambah, persaudaraan kita semakin erat danperpaduan kita semakin kukuh dalam ikatan kekeluargaan yang besar dalam Kedayan. Insyaallah.

Friday, August 13, 2010

MASYARAKAT KEDAYAN MAMPU MEMBERI SUMBANGAN BERMAKNA

Jika disebut pelbagai etnik di Sabah tidak hairan dua suku kaum yang utama lebih dikenali iaitu Kadazan/Dusun dan Bajau. Itu tidak menghairankan kerana dua etnik berkenaan telah diberi publisiti meluas sejak dari zaman awal lagi malah sebelum North Borneo- kini Sabah menyertai Malaysia.

Namun apabila disebut etnik Kedayan mungkin ada juga yang keliru dan tersasul dengan etnik Kayan di Sarawak, Kagayan di utara Sabah.Ketiga-tiga etnik berkenaan tidak mempunyai persamaan dari segi budaya, bahasa dan pertuturan. Di Sabah etnik Kedayan konsentrasinya adalah di daerah Sipitang dan Beaufort, sedikit di daerah kecil Menumbok dan Papar.

(gambar hiasan)
Pakaian tradisi masyarakat Kedayan yang kian pupus

Di Sarawak, W.P Labuan dan negara Brunei Darussalam juga ramai etnik Kedayan. Dari segi pertuturan dan bahasa etnik ini lebih kepada bahasa Melayu. Meskipun tergolong dalam etnik minoriti di Sabah dan Sarawak masyarakat Kedayan mampu memberi sumbangan bermakna dalam sebuah negara yang 'multi racial' seperti Malaysia.

Melalui Peratuan Kedayan Sabah, yang kini diteraju oleh Y.B Tuan Hj Ahmad Hj Bujang, ADUN N28 Sindumin, sudah pasti PKS amnya dan masyarakat Kedayan amnya mampu memberi sumbangan kearah mewujudkan negara aman dan maju sebagaimana dihasratkan oleh pucuk pimpinan negara.

BLOG SUA KEDAYAN TERCIPTA

Sebagai satu media kepada amt PKS dan ahli-ahli untuk menyampaikan maklumat persatuan, maka blog ini adalah dilahirkan sebagai medium perhubungan, sehingga sebuah media yang kukuh dan bermaklumat dilahirkan.

Kepada semua amt anda boleh melayari blog ini  dan memberi cadangan untuk penambahbaikan bagi kebaikan bersama.