Jika disebut pelbagai etnik di Sabah tidak hairan dua suku kaum yang utama lebih dikenali iaitu Kadazan/Dusun dan Bajau. Itu tidak menghairankan kerana dua etnik berkenaan telah diberi publisiti meluas sejak dari zaman awal lagi malah sebelum North Borneo- kini Sabah menyertai Malaysia.
Namun apabila disebut etnik Kedayan mungkin ada juga yang keliru dan tersasul dengan etnik Kayan di Sarawak, Kagayan di utara Sabah.Ketiga-tiga etnik berkenaan tidak mempunyai persamaan dari segi budaya, bahasa dan pertuturan. Di Sabah etnik Kedayan konsentrasinya adalah di daerah Sipitang dan Beaufort, sedikit di daerah kecil Menumbok dan Papar.
(gambar hiasan)
Pakaian tradisi masyarakat Kedayan yang kian pupus
Melalui Peratuan Kedayan Sabah, yang kini diteraju oleh Y.B Tuan Hj Ahmad Hj Bujang, ADUN N28 Sindumin, sudah pasti PKS amnya dan masyarakat Kedayan amnya mampu memberi sumbangan kearah mewujudkan negara aman dan maju sebagaimana dihasratkan oleh pucuk pimpinan negara.
Kalau d sebelah Kalimantan Tengah (Kalteng) ada Suku kaum yg juga d panggil KAHAYAN....Pamakan pinang jua sama, Tapi bukannya Islam pamakan baiee. hahahhaha
ReplyDeleteMungkin suatu masa kajian dapat dilakukan jika ia ada kaitan dengan masyarakat Kedayan di Sabah, Sarawak dan Brunei...
ReplyDelete