Labels

Saturday, August 28, 2010

PERSATUAN KEDAYAN ADAKAN RUMAH TERBUKA RAYA KETIGA

Persatuan Kedayan Sabah akan mengadakan rumah terbuka sempena hari raya tahun ini, yang dijangka diadakan pada hari raya yang ketiga di perkarangan letak kereta berbumbung di pekan Sindumin.

Presiden Persatuan Kedayan Sabah yang juga ADUN N28 Sindumin, Y.B Damong Tuan Haji Ahmad Hj Bujang tekah mengarahkan satu jawatankuasa dibentuk bagi mengadakan majlis berkenaan. Sementara itu pengerusi pelaksana majlis rumah terbuka PKS Encik Sablee Bagol, yang juga timbalan presiden PKS telah membentuk jawatankuasa pelakasana yang terdiri daripada ahli-ahli majlis tertinggi (AMT) PKS dan penduduk setempat bagi menggalas tanggungjawab merealisasikan program yang dirancang.

Bagi memastikan program mulia ini berjalan lancar, dua mesyuarat ajk pelaksana telah diadakan iaitu pada 23 Ogos dan 27 Ogos lalu

Ini adalah kali pertama majlis rumah terbuka diadakan oleh PKS sejak ditubuhkan lebih 15 tahun lalu. Pelbagai program sampingan diadakan bagi memeriahkan rumah terbuka PKS. Presiden Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang melahirkan besar hati dan perasaan gembira  beliau melihat persediaan para ajk pelaksana yang begitu bersemangat dan komited dalam melaksanakan tugas masing-masing katanya semasa mesyuarat kali kedua kelmarin.

Dibawah kepimpinan Y,B Damong, rata-rata ahli persatuan merasa yakin PKS akan membuat transformasi dan penjenamaan semula selaras dengan kehendak para ahli yang inginkan perubahan dalam persatuan.

No comments:

Post a Comment