Labels

Tuesday, February 22, 2011

PERSATUAN KEDAYAN TURUT SERTA PERARAKAN MAULID

Perarakan sempena MAulidur Rasul peringkat daerah Sipitang diadakan 22 Februari 2011, yang diadakan dari kawasan lapang Pejabat Bomba dan Penyelamat daerah Sipitang ke Dewan Serbaguna Sipitang. Perarakan disertai lebih 20 kontingen yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, masjid, kampung dan ngo dari pekan Sipitang. Perarakan diketuai oleh Y.B Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Hj Ahmad dan ADUN Sindumin yang juga Presiden Persatuan Kedayan Sabah Y.B Damong Tuan Haji Ahmad Hj Bujang.

Dalam perarakan ini, sekali lagi Persatuan Kedayan Sabah melalui Biro Agama dan Kebajikan turut serta memeriahkan sambutan maulid. Persatuan Kedayan bersama kumpulan dari masjid Pekan Mesapol diberi kepercayaan mengetuai perarakan pagi tadi. Walau pun begitu, penyertaan PKS dalam perarakan ini hanyalah sebagai penyertaan bagi menyemarakan sambutan.

YB Datuk Sapawi sedang berucap merasmikan sambutan

                                              Pegawai Daerah Sipitang ( kanan) bersama Ketua Daerah (tengah)




                                   Sepanduk Persatuan Kedayan Sabah
                                 Kontingen yang mengambil bahagian




                                Suasana dalam dewan serbaguna










Monday, February 14, 2011

PERSATUAN KEDAYAN JOHAN SEPANDUK SEMPENA MAULID 2011

Persatuan Kedayan Sabah (PKS)  yang buat pertama kali menyertai perarakan dan pertandingan sepanduk sempena sambutan Maulidurasul 2011 yang diadakan dari Padang Merdeka ke Wisma MUIS di Sembulan pagi tadi.

























AMT PKS bersama ajk dalam biro ugama bersama-sama ribuan umat islam dari pelbagai daerah menyertai perarakan dengan laungan memuji nabi besar Muhammad s.a.w. Perarakan diketuai oleh Timbalan Presiden PKS Encik Sablee Bagol serta naib-naib presiden dan AMT yang lain.Para peserta kontingen berpakaian serba hitam dengan hiasan merah nampak segak. Selain itu turut serta adalah dari kalangan ahli wanita seramai 3 orang turut memeriahkan sambutan. Tahniah kepada PKS khususnya biro agama yang diterajui oleh naib presiden tuan haji Ariff ISmail dibantu orang kuat biro encik Zulhaimi Asbi. Tahniah!!!!!

Monday, February 7, 2011

PARA MOTOR GLIDING SEMAKIN POPULAR DI SIPITANG

Aktiviti ekstrem para moto glider semakin popular di daerah Sipitang. Pertama kali diperkenalkan semasa pesta GATA 2009 lalu, kini sebuah kelab para motor telah ditubuhkan. Kelab ini sama seperti kelab permotoran mempunyai anggota dan ahli jawatankuasa. Pada masa ini, sebagai permulaan untuk mempopularkanlagi aktiviti para moto, kelab ini telah mempunyai sebuah payung yang giat digunakan sebagai payung latihan pada setiap hujung minggu di esplanade Sipitang

Menurut pengerusi kelab ini, Encik Jaini Puasa, rangka jangka panjang adalah bagi melatih ahli jawatankuasa sehingga mendapat kepakaran dan diikhtiraf sehingga boleh menerbangkan para motor. Hampir setiap minggu ahli menjalani latihan yang diawasi sendiri oleh kelab para moto dari Labuan, Limbang dan Negara Brunei Darussalam yang telah mempunyai pengalaman dalam bidang ekstreme ini.

Menurut amalan kelab yang telah 'establish', untuk mendapat pengikhtirafan dan mendapatkan lambang sayap, seseorang perlu melakukan 70 penerbangan. Kearah itu, kelab ini memerlukan latihan intensif dan moto sendiri. Dalam peringkat permulaan ini tidak mungkin semua itu dapat dimiliki oleh ahli-ahli kelab yang baru lahir di daerah Sipitang ini.

Sunday, February 6, 2011

PRESIDEN PERSATUAN KEDAYAN SABAH DIPANGGIL " DAMONG"


Y.B Presiden PKS, Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang

Suatu masa dahulu, ketika masyarakat termasuk masyarakat Kedayan masih lagi belum mengenal apa erti demokrasi, maka  kaedah memilih kepimpinan dalam sesebuah masyarakat adalah melalui  kaedah tradisi iaitu kebolehan dan kekuatan fizikalseperti pengetahuan mengenai silat disamping kekuatan  spiritual termasuk penggunaan ilmu kebatinan. Kalangan yang memenuhi kriteria ini biasanya akan diterima sebagai pemimpin. Pada ketika itu pemimpin dalam masyarakat Kedayan dikenali dengan gelaran ' Damong'.

Namun setelah masa berubah, masyarakat juga berubah dan dalam perkara ini tidak terkecuali masyarakat Kedayan. Maka dalam memilih pemimpin, PKS menggunakan kaedah yang berlandaskan sistem demokrasi yang diguna pakai sebahagian besar dalam masyarakat dunia hari ini. Dalam pemilihan PKS lalu presiden baru PKS dipilih melalui sistem ini.

Justeru dalam kepimpinan Persatuan Kedayan Sabah, melalui mesyuarat pertama yang diadakan dalam bulan Ogos tahun 2010, telah sepakat untuk menggunakan gelaran 'Damong' kepada presiden. Mulai tarikh berkenaan juga Presiden Persatuan Kedayan Sabah, Y.B Tuan Haji Ahmad HJ Bujang akan dikenali dengan Y.B Presiden Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang,   dalam semua majlis rasmi yang melibatkan Persatuan Kedayan Sabah.

SEDIKIT LATAR BELAKANG PARA PEMIMPIN PERSATUAN KEDAYAN SABAH (PKS)

Presiden 
Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang
Ahli Dewan Undangan Negeri
N.28 Sindumin























Timbalan Presiden
Encik Sablee Hj Bagol
Pengetua SMPB
Sipitang













Naib-naib Presiden






















OKK Tuan Hj Ariff Ismail
Ketua Daerah
Mahkamah Anak Negeri Sipitang


























Tuan Hj Adnan Othman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Sipitang
























Encik Kasa Saidi
Guru Besar
S.R.K Malalia
























Tuan Hj Ahmad Bin Hj Momin
Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR)
N27 Lumadan









Cik Annie Hj Sawali
Guru 
SMPO II
Sipitang