Labels

Tuesday, February 22, 2011

PERSATUAN KEDAYAN TURUT SERTA PERARAKAN MAULID

Perarakan sempena MAulidur Rasul peringkat daerah Sipitang diadakan 22 Februari 2011, yang diadakan dari kawasan lapang Pejabat Bomba dan Penyelamat daerah Sipitang ke Dewan Serbaguna Sipitang. Perarakan disertai lebih 20 kontingen yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, masjid, kampung dan ngo dari pekan Sipitang. Perarakan diketuai oleh Y.B Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Hj Ahmad dan ADUN Sindumin yang juga Presiden Persatuan Kedayan Sabah Y.B Damong Tuan Haji Ahmad Hj Bujang.

Dalam perarakan ini, sekali lagi Persatuan Kedayan Sabah melalui Biro Agama dan Kebajikan turut serta memeriahkan sambutan maulid. Persatuan Kedayan bersama kumpulan dari masjid Pekan Mesapol diberi kepercayaan mengetuai perarakan pagi tadi. Walau pun begitu, penyertaan PKS dalam perarakan ini hanyalah sebagai penyertaan bagi menyemarakan sambutan.

YB Datuk Sapawi sedang berucap merasmikan sambutan

                                              Pegawai Daerah Sipitang ( kanan) bersama Ketua Daerah (tengah)




                                   Sepanduk Persatuan Kedayan Sabah
                                 Kontingen yang mengambil bahagian




                                Suasana dalam dewan serbaguna










No comments:

Post a Comment