Labels

Monday, February 7, 2011

PARA MOTOR GLIDING SEMAKIN POPULAR DI SIPITANG

Aktiviti ekstrem para moto glider semakin popular di daerah Sipitang. Pertama kali diperkenalkan semasa pesta GATA 2009 lalu, kini sebuah kelab para motor telah ditubuhkan. Kelab ini sama seperti kelab permotoran mempunyai anggota dan ahli jawatankuasa. Pada masa ini, sebagai permulaan untuk mempopularkanlagi aktiviti para moto, kelab ini telah mempunyai sebuah payung yang giat digunakan sebagai payung latihan pada setiap hujung minggu di esplanade Sipitang

Menurut pengerusi kelab ini, Encik Jaini Puasa, rangka jangka panjang adalah bagi melatih ahli jawatankuasa sehingga mendapat kepakaran dan diikhtiraf sehingga boleh menerbangkan para motor. Hampir setiap minggu ahli menjalani latihan yang diawasi sendiri oleh kelab para moto dari Labuan, Limbang dan Negara Brunei Darussalam yang telah mempunyai pengalaman dalam bidang ekstreme ini.

Menurut amalan kelab yang telah 'establish', untuk mendapat pengikhtirafan dan mendapatkan lambang sayap, seseorang perlu melakukan 70 penerbangan. Kearah itu, kelab ini memerlukan latihan intensif dan moto sendiri. Dalam peringkat permulaan ini tidak mungkin semua itu dapat dimiliki oleh ahli-ahli kelab yang baru lahir di daerah Sipitang ini.

No comments:

Post a Comment