Labels

Sunday, February 6, 2011

PRESIDEN PERSATUAN KEDAYAN SABAH DIPANGGIL " DAMONG"


Y.B Presiden PKS, Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang

Suatu masa dahulu, ketika masyarakat termasuk masyarakat Kedayan masih lagi belum mengenal apa erti demokrasi, maka  kaedah memilih kepimpinan dalam sesebuah masyarakat adalah melalui  kaedah tradisi iaitu kebolehan dan kekuatan fizikalseperti pengetahuan mengenai silat disamping kekuatan  spiritual termasuk penggunaan ilmu kebatinan. Kalangan yang memenuhi kriteria ini biasanya akan diterima sebagai pemimpin. Pada ketika itu pemimpin dalam masyarakat Kedayan dikenali dengan gelaran ' Damong'.

Namun setelah masa berubah, masyarakat juga berubah dan dalam perkara ini tidak terkecuali masyarakat Kedayan. Maka dalam memilih pemimpin, PKS menggunakan kaedah yang berlandaskan sistem demokrasi yang diguna pakai sebahagian besar dalam masyarakat dunia hari ini. Dalam pemilihan PKS lalu presiden baru PKS dipilih melalui sistem ini.

Justeru dalam kepimpinan Persatuan Kedayan Sabah, melalui mesyuarat pertama yang diadakan dalam bulan Ogos tahun 2010, telah sepakat untuk menggunakan gelaran 'Damong' kepada presiden. Mulai tarikh berkenaan juga Presiden Persatuan Kedayan Sabah, Y.B Tuan Haji Ahmad HJ Bujang akan dikenali dengan Y.B Presiden Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang,   dalam semua majlis rasmi yang melibatkan Persatuan Kedayan Sabah.

No comments:

Post a Comment