Labels

Thursday, July 14, 2011

SEJARAH SUDAH DIPAHAT

Apabila kita mengimbas kembali peranan lesung, tidak kita terfikir bahawa suatu masa seorang perdana menteri akan menumbuk sebiji lesung dengan sebatang alu sebagai tanda perasmian sesuatu pesta besar. Namun perkara yang mustahil itu sudah dipahat dalam sejarah GATA 2011 lalu, apabila Y.A.B Dato Sri Najib Bin Tun Hj Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, merasmikan GATA 2011 menggunakan lesung dan alu yang lebih dikenali dengan 'batingkul' di dalam masyarakat Kedayan.

Sejarah sudah terpahat bahawa budaya dan adat istiadat masyarakat Kedayan menjadi sebahagian simbol penggerak GATA 2011 lalu. Perancangan teliti dan pandangan jauh orang kuat di belakang pesta GATA  tidak lain tidak bukan adalah Y.B Datuk Sapawi Hj Ahmad, ahli parlimen P 178 Sipitang dengan dibantu oleh AJK Induk dan pelaksana yang gigih dan kreatif.

Kini peranan lesung dalam masyarakat amat terhad jika dibandingkan masa lalu, namun melalui Pesta GATA 2011 lesung menjadi simbol tradisi masyarakat Kedayan. Penduduk Sipitang khususnya masyarakat Kedayan harus berbangga dengan pemilihan budaya masyarakat sebagi gimmik yang menaikkan nama masyarakat. Ini dapat dilihat melalui makanan tradisi kuih 'kelupis' alat muzik 'kulintangan sadaman' 'batingkul' 'rumah kalupis kedayan' disamping replika rumah tradisi dan gerai unik Kedayan yang diangkat sebagai johan dalam kategori pameran etnik.

Mudah-mudahan kemenangan dan ruang yang ada akan membuka mata seluruh masyarakat Kedayan bahawa mereka mempunyai khazanah yang bernilai dan perlu dijaga.

Wednesday, July 13, 2011

PKS DAN INVENTORI ETNIK

Persatuan Kedayan Sabah telah bersetuju dengan tawaran oleh pihak Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, sebuah agensi dibawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan  dan   Alam Sekitar Sabah yang akan membuat inventori etnik keatas etnik Kedayan.

Antara lain tujuan kajian inventori ini ada bagi mendokumenkan sosio budaya dan sosio ekonomi etnik Kedayan khususnya di daerah Sipitang. Termasuk dalam kajian adalah amalan budaya seperti adat istiadat perkahwinan, perubatan tradisi,  tarian, latar belakang sosio ekonomi masyarakat kedayan amnya. Pihak persatuan telah diberi tempoh hingga September 2011 bagi membentangkan hasil kajian inventori kepada pihak LKNS.

Pihak PKS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang merangkumi semua aspek kajian yang akan dijalankan oleh jawatankuasa berkaitan. Informan juga meliputi kalangan orang yang mengetahui latar budaya masyarakat Kedayan seperti ketua-ketua kampung, KAN dan WKAN disamping pengamal dan aktivis budaya dalam masyarakat Kedayan sendiri.

Dengan adanya kajian inventori ini adalah diharapkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Kedayan akan dapat didokumenkan untuk dijadikan rujukan generasi yang akan datang. Jika tidaka da usaha dilakukan adalah dikhuatiri sebahagian amalan dan adat istiadat akan hilang ditelan zaman.

Sunday, July 3, 2011

GERAI PERSATUAN KEDAYAN DINOBATKAN SEBAGAI GERAI ETNIK TERBAIK

Pada GATA 2011, gerai yang  menempatkan pelbagai peralatan dan tradisi suku Kedayan oleh Persatuan Kedayan Sabah telah dinobatkan sebagai gerai terbaik di kalangan gerai etnik yang menyertai pameran.

Naib Presiden Tuan Hj Adnan Othman dan AMT Maidun Sisak
merakamkan piala kemenangan sempena GATA 2011 sebagai 
gerai etnik terbaik.           

Konsep gerai telah direka oleh beberapa orang daripada ajk yang diberikan tanggungjawab dan direalisasikan oleh para 'tukang' Kedayan yang berkemahiran,  sehari sebelum pesta bermula. Bahan pameran diisikan oleh sebuah lagi jawatankuasa kecil yang bertanggungjawab menggumpul bahan serta barangan yang akan dipamerkan.

Secara khusus, kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama semua pihak yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memertabatkan bangsa KEDAYAN.

TAHNIAH kepada semua

KULINTANGAN SADAMAN - IDENTITI BANGSA

PAda GATA 2011 ternyata alat muzik tradisi Kulintangan Sadaman pada kesekian kalinya ditampilkan di khalayak, telah menampakkan perkembangan positif. Selain telah ada kreativiti dan dapat menghasilkan bunyi yang merdu kini pemain-pemainnya sudah boleh memainkan irama moden seperti joget dan zapin. Mungkin suatu hari nanti dapat dimemainkan lagu-lagu yang menjadi dendangan ramai.

Apa yang perlu sekarang adalah keberaian dan keyakinan oleh generasi muda untuk mewarisi dan mengamalkan alat muzik ini agar tersebar luas. Mungkin suatu masa anak-anak muda akan mengambil kesempatan yang terbuka luas ini sebagaimana tarian anding.

GATA 2011 SERTA IMPAK KEPADA SUKU KEDAYAN

Secara umum dalam pada GATA 2011 kali ini, suku Kedayan dan ahli-ahli dalam Persatuan Kedayan Sabah patut berbangga dengan diri mereka kerana telah berjaya menampilkan diri daripada segi kepimpinan dan penyertaan dalam memeriahkan pesta yang berpaksi kepada budaya.

Secara umum kejayaan yang patut dan boleh dibanggakan adalah penampilan budaya yang menjadi gimmik selain beberapa program yang diatur oleh AMT Kedayan dalam mengisi program GATA 2011 kali ini. Antaranya penampilan acara gimmik 'batingkul' sebagai pembukaan acara GATA 2011 oleh Dato' Sri Najib Tun Razak, permainan gasing yang sinonim dengan masyarakat Kedayan , persembahan kulintangan Sadaman, selain kepimpinan dan penggerak utama Y.B Datuk Sapawi Hj Ahmad yang juga penaung PKS.

Menerusi PKS Y.B Damong Tuan Hj Ahmad BUjang telah menggerakkan PKS melalui pelbagai aktiviti seperti gerai makanan tradisi kueh 'kelupis' gerai PKS yang dijulang sebagai gerai terunik  bersama replika rumah  'mulanya' Kedayan disamping pengisian yang menarik dan diminati pengunjung.

Natijahnya, sekiranya semua orang kuat-kuat dan 'kabilangan' Kedayan duduk semeja dan berlapang dada ''baunding usai-usai' 'sa awu sa uja' tidak mustahil kejayaan lebih besar dapat dikecapi. Tetapi yang harus difikirkan adalah bagaimana membawa 'samuha' orang Kedayan ini yang pernah menjadi orang besar suatu masa dahulu ke meja rundingan.

Kini perahu sudah diair, pengayuh sudah ditangan, menunggu kesedaran dan loceng dibunyikan untuk kita kecapi bersama. Sekiranya ada kesepakatan kita pasti berjaya.

Tahniah buat krew yang telah berani menampilkan diri pada GATA kali ini dan semua AMT yang terlibat secara langsung  dan tidak terkecuali kepada Damong Tuan Hj Ahmad Bin Hj Bujang yang menjadi pendorong utama dalam PKS.

Tahniah!