Labels

Thursday, July 14, 2011

SEJARAH SUDAH DIPAHAT

Apabila kita mengimbas kembali peranan lesung, tidak kita terfikir bahawa suatu masa seorang perdana menteri akan menumbuk sebiji lesung dengan sebatang alu sebagai tanda perasmian sesuatu pesta besar. Namun perkara yang mustahil itu sudah dipahat dalam sejarah GATA 2011 lalu, apabila Y.A.B Dato Sri Najib Bin Tun Hj Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, merasmikan GATA 2011 menggunakan lesung dan alu yang lebih dikenali dengan 'batingkul' di dalam masyarakat Kedayan.

Sejarah sudah terpahat bahawa budaya dan adat istiadat masyarakat Kedayan menjadi sebahagian simbol penggerak GATA 2011 lalu. Perancangan teliti dan pandangan jauh orang kuat di belakang pesta GATA  tidak lain tidak bukan adalah Y.B Datuk Sapawi Hj Ahmad, ahli parlimen P 178 Sipitang dengan dibantu oleh AJK Induk dan pelaksana yang gigih dan kreatif.

Kini peranan lesung dalam masyarakat amat terhad jika dibandingkan masa lalu, namun melalui Pesta GATA 2011 lesung menjadi simbol tradisi masyarakat Kedayan. Penduduk Sipitang khususnya masyarakat Kedayan harus berbangga dengan pemilihan budaya masyarakat sebagi gimmik yang menaikkan nama masyarakat. Ini dapat dilihat melalui makanan tradisi kuih 'kelupis' alat muzik 'kulintangan sadaman' 'batingkul' 'rumah kalupis kedayan' disamping replika rumah tradisi dan gerai unik Kedayan yang diangkat sebagai johan dalam kategori pameran etnik.

Mudah-mudahan kemenangan dan ruang yang ada akan membuka mata seluruh masyarakat Kedayan bahawa mereka mempunyai khazanah yang bernilai dan perlu dijaga.

No comments:

Post a Comment