Labels

Sunday, November 7, 2010

ISTERI PKR LUMADAN KEMBALI KE RAHMATULLAH


suasana di tanah perkuburan tengahari tadi
7 November, Dg Hajjah Faridah Pg Hashim, isteri kepada PKR DUN Lumadan, Hj Ahmad Hj Mumin, yang juga salah seorang naib presiden Persatuan Kedayan Sabah, telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi di hospital Sipitang. Berada disisi allahyarhamah semasa menghembuskan nafas terakhir adalah suami allahyarhamah, Tuan Hj Ahmad Hj Mumin serta anak-anak. Beliau merupakan pesara guru dan berasal dari Papar.

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Lingkungan.Turut menziarahi keluarga Hj Ahmad Mumin serta mengucapkan takziah adalah timbalan presiden PKS Encik Sablee Hj Bagol, naib presiden encik Kasa Saidi serta AMT PKS yang lain.

PKS mengucapkan takziah kepada tuan Hj Ahmad Hj Mumin dan keluarga atas kembalinya kerahmatullah isteri tercinta. Mudah-mudahan roh allahyarham ditempatkan bersama-sama orang solih dan beriman. Takziah daripada semua AMT PKS.

Wednesday, November 3, 2010

AYAHDA KEPADA DAMONG PRESIDEN KEDAYAN SABAH KEMBALI KERAHMATULLAH

Innalillah wa inna illaihi rajion. Ayahda kepada   Presiden Kedayan Sabah, Damong Y.B Tuan Hj Ahmad Hj Bujang, telah kembali ke rahmatullah pada petang Jumaat 29.10.2010 lalu, akibat sakit tua. Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam kg Sindumin pada hari Sabtu 30.10.2010

Turut menziarahi jenazah allahyarham dan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham adalah timbalan PKS, encik Sablee Bagol, naib presiden PKS Tuan Hj Ariff Hj Ismail serta sebilangan AMT PKS Sabah.
PKS merakamkan takziah kepada keluarga atas kembalinya ke rahmatullah ayahda tercinta.

Monday, October 18, 2010

ANUGERAH DATUK KEPADA AHLI PERSATUAN KEDAYAN

Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah, bersempena dengan sambutan hari jadi beliau telah menganugerahkan bintang dan pingat kebesaran negeri pada awal September lalu.

Antara yang dianugerahi adalah dua orang yang pernah bergiat dalam Persatuan Kedayan Sabah suatu ketika dahulu. Mereka adalah pengurus besar Ko-Nelayan Datuk Hj Masod Hj Salleh dan Datuk Siti Sapoo Ahok, pengarah Hal Ehwal Wanita negeri Sabah. Kedua-dua mereka berasal dari Mesapol.

Kepada kedua Datuk, Tahniah diucapkan daripada Persatuan Kedayan Sabah, semoga penganugerahan ini akan terus memberi motivasi dan memberi sumbangan berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Tahniah Datuk!

Sunday, October 10, 2010

musim haji tiba lagi

Musim haji tiba lagi, dan sebagai Rukun Islam yang ke lima  haji wajib dikerjakan bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal. Pada tahun ini Presiden Persatuan Kedayan Sabah, Y.B damong Tuan Haji Ahmad Hj Bujang sekali lagi menunaikan ibadah haji. Kepada beliau diucapkan selamat mengerjakan ibadah haji dan didoakan mendapat haji yang mabrur.

Sunday, September 12, 2010

RUMAH TERBUKA KEDAYAN DAPAT SAMBUTAN DI LUAR JANGKA DAN MERIAH

Rumah terbuka Persatuan Kedayan Sabah KEDAYAN, yang diadakan di Pekan Sindumin pada hari raya ketiga mendapat sambutan di luar jangka. Kehadiran dan sambutan masyarakat amat mengalakkan dan dianggarkan lebih dua ribu orang menghadiri majlis ini yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, dusun, Murut, Lundayeh, Brunei disamping masyarakat para paadian Kedayan dari jauh dan  dekat.


Kaunter pendaftaran tiket bertuah

 

Kelihatan Presiden Kedayan Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang tersenyum puas dengan kejayaan rumah terbuka KEDAYAN

    Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang sedang berucap dengan dibarisi bersama oleh penaung    dan            AMT KEDAYAN

Presiden Kedayan Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang, melihat kepada sambutan yang di luar jangka awal-awal lagi telah memberi komitmen untuk mengadakan majlis yang sama pada hari raya tahun hadapan, justeru beliau semasa berucap pada majlis berkenaan telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AMT dan AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus menjayakan program diatur. Sebelum itu, selaku penaung persatuan, Y.B Datuk Sapawi Hj Ahmad telah menyuntik dana persatuan dengan menderma sebanyak lima ribu ringgit yang telah disampaikan kepada presiden Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang.

Y.B Damong bersama isteri sambil melayan tetamu

 Antara tetamu ketua jabatan yang hadir

 
                                            Tetamu sedang menjamu selera 

Sementara itu dalam majlis ini pihak KEDAYAN turut menyelitkan dengan cabutan pengunjung bertuah sebagai  penambah seri majlis selain persembahan deklamasi sajak dan nyanyian lagu versi Kedaan oleh Edidiih Lamit yang diundang khas dari W.P Labuan yang juga merupakan artis Kedayan selain terlibat aktif dalam para glider dan anggota pengelola Kedayan People (KP) dalam laman sosial face book,  bersama beberapa orang Kedayan dari pelbagai tempat. Edidiih Lamit telah menyumbangkan beberapa buah lagu  dalam versi Kedayan pada majlis berkenaan.


 
MC sedang berceloteh dalam loghat Kedayan dengan Edidiih Lamit selaku artis undangan dalam majlis rumah terbuka PKS

    Artis undangan Edidiih Lamit sedang menghiburkan pada pengunjung dengan lag-lagu versi Kedayan

     
    Presiden bersama penaung sedang menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak

Sebelum pengunjung beredar, Presiden Persatuan Kedayan Sabah Y.BDamong Tuan Hj Ahmad Bin Hj Bujang bersama Penaung Persatuan Kedayan Y.B Datuk Sapawi Hj Ahmad yang juga ahli Parlimen P178 Sipitang turut mengagih-agihkan duit raya kepada kanak-kanak dalam majlis berkenaan.
                                 Para tetamu terhibur dengan persembahan artis  undangan Kedayan

    Sebahagian daripada pengunjung sedang menjamu selera sambil berhibur 

Sekalung tahniah kepada KEDAYAN...jika bukan Kedayan siapa lagi yang akan menjulang bangsa Kedayan...teruskan perjuangan membela bangsa kitani....

Sunday, September 5, 2010

ZIARAH RAMADHAN DI MASJID KG ULU SIPITANG

Ziarah sempena bulan Ramadhan oleh Persatuan Kedayan Sabah dengan kerjasama UMNO Bahagian P178 Sipitang telah diadakan di dua buah masjid dalam kawasan parlimen Sipitang. Pada Sabtu telah diadakan di masjid kg Maraba dalam daerah Beaufort. Dalam ziarah ke masjid kg Maraba ini, PKS telah di ketuai  oleh Presiden Persatuan Kedayan Sabah Y.B Damong Tuan Haji Ahmad Bin Hj Bujang yang juga ketua penerangan UMNO Sipitang dan menerusi ziarah ini, presiden turut diiringi oleh ahli-ahli majlis tertinggi PKS antaranya naib presiden Tuan Hj Ariff  Ismail selaku ketua Biro Agama dan Kebajikan bersama timbalan beliau Encik Zulhaimi Asbi disamping lain-lain AMT PKS.

Manakala pada hari Ahad ziarah juga dilakukan bersama dengan pemimpin UMNO bahagian P178 Sipitang di masjid kg Ulu Sipitang yang diketuai oleh Y.B Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad , ketua UMNO Sipitang dan lain-lain pemimpin UMNO bahagian. Dalam pada itu PKS turut dihadiri oleh Presiden ,Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang, timbalan presiden PKS Encik Sablee Bagol serta lain-lain AMT.

Dalam ziarah ke masjid kg Ulu Sipitang, Y.B Datuk Hj Sapawi turut menyampaikan zakat kepada warga kg Ulu Sipitang khususnya warga tua, balu dan muallaf bagi memeriahkan hari raya eidul fitri yang akan menjelang.

 Kedua-dua pemimpin tertarik dengan juadah buah-buahan tempatan untuk berbuka puasa


Menikmati juadah berbuka dengan buah-buahan tempatan

Presiden PKS yang juga ADUN Sindumin Beramah mesra dengan penduduk kampung

  
Menyampaikan zakat fitrah kepada penerima

Temuramah dengan pihak RTM

Dalam majlis ini, selain majlis berbuka puasa bersama rakyat di kg Ulu Sipitang para pemimpin politik dan pemimpin PKS telah menunaikan sembahyang maghrib, isyak dan tarawikh berjamaah dengan penduduk kampung. Sembahyang tarawih telah diimamkan oleh Saudara Zulhaimi Asbi timbalan pengerusi biro Agama dan Kebajikan PKS merangkap penolong setiausaha  Pemuda UMNO Sipitang.

Sebelum beredar dari majlis Datuk Sapawi sempat ditanya oleh pemberita RTM mengenai kecenderongan pihak-pihak tertentu bagi memecah belah perpaduan  dengan memarakkan api perkauman dan kebencian dikalangan rakyat Malaysia,  oleh kalangan individu yang tidak bertanggungjawab melalui laman-laman sosial. Kata beliau " pihak berwajib harus menyiasat dan mencari dalang dan membawa kalangan ini ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman berat" kerana kata beliau " perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini akan memberi impak kepada perpaduan yang telah sekian lama terjalin jika kalangan ini terus menerus dibiar membuat kacau" Perpaduan adalah asas penting yang telah sekian lama terbena harus dipertahankan" kata beliau.

Saturday, September 4, 2010

RUMAH TERBUKA PERSATUAN KEDAYAN SABAH


Semuha paadian basar damit, tuha muda miskin kaya bahimpun kita di pekan Sindumin ai aaya ketiga mamaiahkan umah tabuka Persatuan Kedayan Sabah yang dibuat paatama kali samanjak bapasatuan..Mai tah jangan lupa baamai-amai kita bapaadian.

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Asalamualaikum w.b.k

Kepada semua rakan dan taulan, jauh dan dekat, saudara dan sahabat handai, paadian dan paanak, sempena Hari Raya aidil Fitri 1431H ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin. Semoga pada hari yang mulia dan hari kemenangan ini pintu-pintu hati kita yang selama ini terkunci rapat kearah titik persaudaraan dan titik persahabatan, dibuka luas seluas-luasnya bagi mengambil berkat dan atas nama perpaduan khususnya sesama islam dan lebih-lebih lagi sesama Kedayan yang sememangnya bersaudara sebangsa dan seagama.

Wednesday, September 1, 2010

SEBAHAGIAN MUKAPENERAJU PERSATUAN KEDAYAN SABAH


Sebahagian AMT yang hadir dalam mesyuarat penuh AMT pertama

Dengan mesyuarat yang diadakan di Pan Pacific Sutera pada 7. Ogos lalu, maka lengkaplah ' tulang dan rangka' dalam Persatuan Kedaan Sabah. Ini bermakna setelah pemilihan dibuat oleh para ahli dalam mesyuarat agung  pada Mei lalu, Ahli Majlis Tertinggi telah melantik seramai lima orang bagi menduduki kerusi AMT melalui kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan. Terdapat lima jawatan yang dilantik bagi mengisi baki 'rangka' dan ini ibarat  melengkapkan sebuah rumah. Selamat berkhidmat kepada bangsa Kedayan.
                                             Setiausaha Agung menerima surat perlantikan
                                             daripada Y.B Presiden Damong Hj Ahmad Hj Bujang 

                                              AMT Hj Safar Untung ibarat sirih kembali ke gagang


 Yusri seorang peguam dan pendatang baru
  kedalam keluarga PKS

 Haidy seorang jurutera awam pendatang baru dalam PKS
                                       dan ingin menabur bakti melalui PKS


Ag Ajab Nayan wakil daerah Menumbok
bersemangat menunaikan tanggungkawab


Saturday, August 28, 2010

PERSATUAN KEDAYAN ADAKAN RUMAH TERBUKA RAYA KETIGA

Persatuan Kedayan Sabah akan mengadakan rumah terbuka sempena hari raya tahun ini, yang dijangka diadakan pada hari raya yang ketiga di perkarangan letak kereta berbumbung di pekan Sindumin.

Presiden Persatuan Kedayan Sabah yang juga ADUN N28 Sindumin, Y.B Damong Tuan Haji Ahmad Hj Bujang tekah mengarahkan satu jawatankuasa dibentuk bagi mengadakan majlis berkenaan. Sementara itu pengerusi pelaksana majlis rumah terbuka PKS Encik Sablee Bagol, yang juga timbalan presiden PKS telah membentuk jawatankuasa pelakasana yang terdiri daripada ahli-ahli majlis tertinggi (AMT) PKS dan penduduk setempat bagi menggalas tanggungjawab merealisasikan program yang dirancang.

Bagi memastikan program mulia ini berjalan lancar, dua mesyuarat ajk pelaksana telah diadakan iaitu pada 23 Ogos dan 27 Ogos lalu

Ini adalah kali pertama majlis rumah terbuka diadakan oleh PKS sejak ditubuhkan lebih 15 tahun lalu. Pelbagai program sampingan diadakan bagi memeriahkan rumah terbuka PKS. Presiden Y.B Damong Tuan Hj Ahmad Hj Bujang melahirkan besar hati dan perasaan gembira  beliau melihat persediaan para ajk pelaksana yang begitu bersemangat dan komited dalam melaksanakan tugas masing-masing katanya semasa mesyuarat kali kedua kelmarin.

Dibawah kepimpinan Y,B Damong, rata-rata ahli persatuan merasa yakin PKS akan membuat transformasi dan penjenamaan semula selaras dengan kehendak para ahli yang inginkan perubahan dalam persatuan.

Friday, August 20, 2010

BERSEDIA KAH ANDA BERKORBAN DEMI PERSATUAN??

Ibarat benih baru berpuput, ibarat pucuk baru berputik, begitulah keadaan Persatuan Kedayan Sabah yang baru hendak pulih daripada beberapa kecederaan yang dialami. Dalam menuju kearah pulih sepenuhnya bergantung kepada beberapa urat saraf dalam persatuan untuk meneruskan kehidupannya, yakni semua yang duduk dan memegang jawatan dalam persatuan. Ia bukan tanggungjawab presiden, timbalan presiden atau pemegang jawatan yang lain, tetapi tanggungjawab secara kolektif semua pihak dalam persatuan.

Jika kita gagal untuk memahami perjuangan berpersatuan maka kita akan gagal sekali lagi, terutama sekali apabila kita membelakangkan kepentingan persatuan dan mendahulukan agenda diri. Kedua apabila kita tidak mahu berkorban dari segi masa, tenaga dan sedikit wang ringgit (terutama sekali dalam keadaan darurat sekarang)

Ketiga apabila demand daaripada kita terlalu tinggi melebihi demand kita terhadap majikan kita,iaitu mahukan persatuan memberi segala kemudahan seperti elaun, wang kereta, hotel, makan dan minum hanya untuk bermesyuarat dan tempat bermesyuarat pula dikehendaki diadakan ditempat mewah seperti hotel bertaraf bintang. Jika ini semua dituntut, maka lebih baik menilai diri kita sama ada kita layak dalam bersatuan yang masih kurus kering kerana kurang vitamin 'w' ini.

Mungkin persatuan dapat memahami tuntutan sekiranya ada punca pendapatan dan tabungan bernilai jutaan didalam akaun. Buat masa sekarang ia belumdapatdipenuhi dan apa lagi dilaksanakan.Oleh itu marilah kita berjuang semata-mata kerana bangsa, bukan kerana agenda lain. Jika ini dapat direalisasikan ia akan dapat memajukan persatuan, untuk bangsa kita. dan untuk kita!

Monday, August 16, 2010

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA

Ramadhan tiba lagi..menandakan umat islam berpuasa memenuhi salah satu rukun islam yang lima. Sebagai orang islam, mengerjakan ibadah sebanyak-banyaknya di bulan ini adalah dituntut. jadi kepada seluruh  masyarakat Kedayan , Presiden dan semua ahli majlis tertinggi Persatuan Kedayan Sabah mengucapkan selamat berpuasa  dan selamat menjalani ibadah lain yang akan memastikan kualiti keimanan kita bertambah. SELAMAT BERPUASA. Mudah-mudahan keimanan kita bertambah, persaudaraan kita semakin erat danperpaduan kita semakin kukuh dalam ikatan kekeluargaan yang besar dalam Kedayan. Insyaallah.

Friday, August 13, 2010

MASYARAKAT KEDAYAN MAMPU MEMBERI SUMBANGAN BERMAKNA

Jika disebut pelbagai etnik di Sabah tidak hairan dua suku kaum yang utama lebih dikenali iaitu Kadazan/Dusun dan Bajau. Itu tidak menghairankan kerana dua etnik berkenaan telah diberi publisiti meluas sejak dari zaman awal lagi malah sebelum North Borneo- kini Sabah menyertai Malaysia.

Namun apabila disebut etnik Kedayan mungkin ada juga yang keliru dan tersasul dengan etnik Kayan di Sarawak, Kagayan di utara Sabah.Ketiga-tiga etnik berkenaan tidak mempunyai persamaan dari segi budaya, bahasa dan pertuturan. Di Sabah etnik Kedayan konsentrasinya adalah di daerah Sipitang dan Beaufort, sedikit di daerah kecil Menumbok dan Papar.

(gambar hiasan)
Pakaian tradisi masyarakat Kedayan yang kian pupus

Di Sarawak, W.P Labuan dan negara Brunei Darussalam juga ramai etnik Kedayan. Dari segi pertuturan dan bahasa etnik ini lebih kepada bahasa Melayu. Meskipun tergolong dalam etnik minoriti di Sabah dan Sarawak masyarakat Kedayan mampu memberi sumbangan bermakna dalam sebuah negara yang 'multi racial' seperti Malaysia.

Melalui Peratuan Kedayan Sabah, yang kini diteraju oleh Y.B Tuan Hj Ahmad Hj Bujang, ADUN N28 Sindumin, sudah pasti PKS amnya dan masyarakat Kedayan amnya mampu memberi sumbangan kearah mewujudkan negara aman dan maju sebagaimana dihasratkan oleh pucuk pimpinan negara.

BLOG SUA KEDAYAN TERCIPTA

Sebagai satu media kepada amt PKS dan ahli-ahli untuk menyampaikan maklumat persatuan, maka blog ini adalah dilahirkan sebagai medium perhubungan, sehingga sebuah media yang kukuh dan bermaklumat dilahirkan.

Kepada semua amt anda boleh melayari blog ini  dan memberi cadangan untuk penambahbaikan bagi kebaikan bersama.